Salam

Say Bismillah for First & Welcome to My Site:-

Have fun & give some advise or comment about my blog & i will correct it.........because the human is always has mistake..............

Search This Blog

Sunday, February 6, 2011

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh



Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3
orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya
pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai,
mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan
pembahagian

harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan
akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah,
dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua
belah pihak.
Hanya
satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian
anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak
ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada
Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana
jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka
diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah
satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian
mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak,
sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya
mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan
pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra,
sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal
bercerai
?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami
tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling
memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai
".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua
anak,anak kembar
 !!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika
seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita
menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.. Betapa banyak penghuni penjara
yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai
tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan,
sehingga
nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang
lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu
berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan
isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah
tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta
maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah
membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati
pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana
agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu
seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya
membinasakan.

.sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat......
.muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain...........

Khasiat Soya Hanyalah Fitnah dari Negara Barat



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu a’lam

Memberi Salam. Sunat, Harus, Makruh, Wajib, atau Haram?




Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

•Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
•Orang yang sedang berada didalam tandas
•Orang yang sedang makan dan minum
•Orang yang sedang berperang
•Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
•Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
•Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
•Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
•Orang yang sedang azan dan iqamat.
•Orang yang sedang qada’ hajat.
•Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
•Orang yang sedang iqamat
•Orang yang sedang mabuk.
•Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
•Orang yang sedang solat
•Orang gila
•Kanak-kanak
•Orang yang mengantuk @ sedang tidur
•Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
•Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
•Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Kenyataan 'Bodoh' Mahfuz...



Anda menunggu bas di stesyen bas dan rakan anda terjumpa anda dan bertanya: "Tunggu bas ke?"

Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak hari ini"

--------------------------

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda berkata: "Ko nak mandi ke?"

Anda patut jawab: "Taklah, aku nak pergi main bola kejap. Ko nak join?"

--------------------------

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik! Tulis surat nampaknya?"

Jawab: "Oh ye ke? Aku tak perasan ah ... tangan aku bergerak sendiri."

--------------------------

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya: "Baru balik dari kerja?"

Jawab yang baik punya: "Taklah saya dari rumah nak pergi kerja nie ... opis saya dah pindah kat rumah .... dan rumah saya dah pindah kat opis."

--------------------------

Tuan Ibrahim Tuan Man mintak kerajaan bertindak segera bawa balik penuntut Malaysia di Mesir dan Nasruddin Hasan Tantawi minta kerajaan tidak pilih kasih antara pelajar biasiswa kerajaan dan pelajar persendirian.

Mahfuz pula kata "Kerajaan yang dahulukan rakyat patut bela rakyat Mesir."

Jawapan kepada kenyataan cerdik ini: "Kerajaan bawa balik penuntut lain untuk bersedia bawa balik mayat penuntut yang sokong arahan Pas bantu Ikhwanul Muslimin.

"Insya Allah, tidak lambat dan tidak pilih kasih, semua mayat boleh dibawa pulang dengan selamat ..."


(Sumber: Husin Lempoyang)

(Gambar) Masjid yang jarang ditemui di dunia




Bentuknya sederhana benar, namun jemaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu solat masuk

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem†(Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem†.

Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak mampu berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada Khiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritan seorang yang miskin berjaya membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem†(Angap Saja Saya Sudah Makan).

Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Jemaah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih

(Gambar) Berhala Terbesar di Dunia

Dubai bakal membina sebuah berhala terbesar di dunia...begini lah bentuk berhala ini bakal siap nanti...





(Gambar) Sejadah ada lambang salib


Lagi percubaan penghinaan terhadap Islam..kali ini puak kafir ini menggunakan sejadah pulak sebagai tempat perbuatan terkutuk ini..mereka sengaja meletak lambang salib yg boleh dilihat dengan jelas di sejadah ini..Nampak gayanya orang-orang kafir sudah berani mencemarkan kesucian islam dengan begitu licik sekali..patutlah mereka beria2 mahukan penggunaan nama Allah di dalam gereja..mesti ada agenda tersembunyi yg hendak mereka lakukan nanti...

[image_1.jpg]

maksud tersirat iklan hari raya ala-ala krismas

Maksud Tersirat Iklan Raya TV3 Ala-Ala Christmas







Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab 

Menjadi persoalan sekarang siapa di sebalik tadbir yang membuat iklan raya ini?

aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...